rumaqo WhatsApp

Panduan bina rumah atas lot STR

Langkah biasa dari notis 5A sampai kunci rumah, untuk pemilik lot di Jerantut dan Jengka.

  1. Selesaikan dokumen tanah

    Bayar premium dalam tempoh notis 5A dan tunggu geran dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah.

  2. Semak syarat dan akses lot

    Pastikan ada jalan masuk, bekalan air dan elektrik, dan fahami syarat bina untuk lot anda.

  3. Pilih pelan dan dapatkan sebut harga

    Rakan kontraktor lawat tapak, cadangkan pelan dan beri harga bertulis.

  4. Pelan diluluskan Majlis Daerah

    Pelan bangunan dihantar ke Majlis Daerah yang menjaga kawasan lot anda.

  5. Mohon pembiayaan

    LPPSA untuk penjawat awam (selepas pelan lulus), pinjaman bank, atau tunai.

  6. Pembinaan dan bayaran berperingkat

    Bayaran dibuat ikut kerja yang siap dan disahkan, bukan sekali gus.

  7. CCC dan serah kunci

    Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan, air dan elektrik disambung, kunci diserahkan.

Syarat setiap lot boleh berbeza. Sahkan syarat bina, status geran dan kemudahan dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta Majlis Daerah yang berkenaan.

Soalan lazim

Berapa lama dari mula sampai siap?

Biasanya 12 hingga 18 bulan termasuk pelan, kelulusan dan pembinaan. Kerja bina sendiri sekitar 5 hingga 6 bulan.

Boleh guna LPPSA?

Boleh, jika anda penjawat awam yang layak. LPPSA ada pembiayaan khas untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Permohonan dibuat selepas pelan rumah diluluskan.

Lot saya tanah pertanian. Boleh bina?

Kebanyakan Majlis Daerah dan bank minta tanah ditukar syarat ke bangunan dulu. Semak dengan Pejabat Daerah dan Tanah sebelum buat pelan.

Siapa yang bina rumah saya?

Rakan kontraktor berdaftar CIDB. Kontrak bina dibuat antara anda dan kontraktor. rumaqo atur lawatan tapak dan ikut perkembangan projek.

Berapa kos bina rumah?

Di Pahang, kontraktor mengiklankan sekitar RM130 hingga RM155 sekaki persegi untuk binaan rumah. Gunakan kalkulator untuk anggaran, dan minta sebut harga bertulis untuk harga sebenar.

Macam mana cara bayar?

Bayaran dibuat ikut peringkat kerja yang siap dan disahkan, bukan sekali gus di awal.

Adakah rumaqo agensi kerajaan?

Tidak. rumaqo.com ialah perkhidmatan swasta dan tidak berkaitan dengan FELDA, LPPSA atau Pejabat Daerah dan Tanah.